Tuesday, March 23, 2010

Panorama Mardiah Resort Bintulu

  Jalan Masuk Ke Mardiah Resort Bintulu


Villa Mardiah - Kediaman dan Pejabat Urusan
Anjung Flamingo & Anjung Heliconia - 
Dua Daripada Tujuh Buah Chalet 
 
Chalet Aty

 
Chalet Balqis

 
Chalet Eda

Kemudahan Dewan Yang Mampu Menampung 80 - 100 Orang






Pentas Poco -Poco



Surau Turut Disediakan Bagi Pengunjung Beragama Islam

Asrama Yang Mengandungi 30 Katil dan Kawasan Yang Luas Sesuai Untuk Aktiviti Kekeluargaan,  Perkhemahan Atau  Persekolahan

 Kemudahan Kolam Renang, Pentas Hiburan Dan Barbeku Untuk Kemudahan Pengunjung Bagi Pengunjung Yang Ingin Memancing dan Berenang - Kemudahan Tersebut Turut Disediakan Dengan Hanya Bayaran Sebanyak RM1.00 Seorang



Mardiah Cafe - Menyediakan Pelbagai Jenis Makanan dan
Minuman untuk Pengunjungnya

Sunday, March 21, 2010

MARDIAH RESORT BINTULU



BY NURUL SHIMA SHAHMINON (MINGGUAN SARAWAK – AHAD 1 NOVEMBER 2009)

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui akan kewujudan tempat percutian atau resort yang kian menjadi sebutan serta pilihan ramai pihak untuk penganjuran aktiviti kekeluargaan, perkhemahan, seminar dan sebagainya.

Sekiranya anda dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Baru Bintulu, pasti anda akan terlihat kawasan bukit yang dihiasi pepohon menghijau dan reka bentuk rumah penginapan atau chalet yang begitu unik senibinanya.

Seindah namanya, Villa Mardiah – gabungan nama pemilik, Haji Awang Omar Haji Awang Salleh dan isteri, Dayang Saadiah Haji Awang Abdul Rahman nyata tidak menghampakan bagi mereka yang masih tercari-cari lokasi percutian berbajet rendah tetapi menyeronokkan dek keindahan panorama flora dan fauna.

Memasuki kawasan riadah seluas 36 ekar ini, pengunjung dapat melihat keindahan sertak keunikan binaan chaletnya yang dibina dan direka menggunakan bahan mentah berasaskan pasir.

Pada mulanya mendirikan sebuah chalet sebagai tempat perhentian di hujung minggu tatkala mengusahakan kebun, akhirnya mencetuskan idea kepada Haji Awang Omar untuk mengusahakan perniagaan chalet.

Villa Mardiah mempunyai enam buah chalet yang diberi nama Chalet Ida, Chalet Aty, Chalet Balqis, Chalet Puteh, Anjung Flamingo dan Anjung Heliconia pada kadar RM70 untuk hari biasa dan RM80 untuk hujung minggu bagi satu malam penginapan.

Pesara Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu berjawatan pembantu teknikal berkata, untuk kemudahan pengunjung, terdapat beberapa kemudahan asas disediakan di Villa Mardiah ini.

Antaranya, surau, tandas pasar mini, kantin, kolam renang kecil, kemudahan untuk berbeku serta dewan yang mampu menampung 80 -100 orang.

Selain kemudahan chalet yang dilengkapi set televisyen, penghawa dingin, katil beserta tilam dan bantal, almari pakaian, set kerusi katanya. Villa Mardiah turut menyediakan sebuah asrama mengandungi 30 buah katil sesuai untuk aktiviti perkhemahan atau persekolahan.

Bagi kaki pancing, Villa Mardiah turut menyediakan sebuah kolam yang menyediakan sebuah kolam yang menempatkan pelbagai spesies ikan seperti keli, tilapia, lampam jawa dan udang galah tanpa dikenakan sebarang caj atau bayaran masuk.

Namun bagi mereka yang berjaya menaikkan tangkapan akan dikenakan bayaran RM12 bagi setiap kilogram ikan, manakala RM25 untuk udang galah.

Caj tambahan RM5 dikenakan bagi mereka yang ingin menggunakan kemudahan barbeku .

Menurut Omar lagi, beliau turut merancang untuk menambah bilangan chalet sedia ada selain membina pentas hiburan sebagai perancangan masa depan dalam usaha untuk menyediakan lebih banyak lagi kemudahan kepada pengunjung yang menginap di chalet miliknya itu.